LATAR BELAKANG PROJEK
‘PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN’.
MOJA VENTURES SDN. BHD. telah memperkenalkan Projek Tanaman Serai untuk penduduk tempatan yang amat mudah disertai dengan modal yang
Serai merupakan tanaman etnik yang telah ditanam sejak dahulu kala oleh penduduk Asia Tenggara. Pada hari ini, satu teknik perkayaan hormon serai telah berjaya dihasilkan oleh penyelidik. Baka serai berpotensi tinggi ini dikenali dengan nama ‘Cymbopogon Citratus’. Ia digunakan untuk menghasilkan minyak serai yang bermutu tinggi. Permintaan minyak serai berasaskan baka ini dianggarkan sebanyak 1.5 billion setahun dan ini memerlukan lebih daripada 300,000 hektar tanaman serai. Dengan ini pihak syarikat berusaha untuk menyumbangkan sebanyak sepuluh peratus (10%) daripada keperluan.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN.
- Mempunyai keluasan tanah setengah (1/2) ekar ke atas.
- Taraf bumiputera.
- Dapat membiayai kos tanaman seperti dalam Jadual 1.
Jadual 1 – Pendapatan dan kos (Jangkamasa 1 pusingan 6 bulan)
Perkara | Jumlah (RM) | Pembekalan |
Penyediaan Tanah (bajak) | RM 190 | |
Penanaman (Tugal) | RM 370 | |
Menyiram (7 hari pertama) | RM 100 | |
Merumput/Meracun (3 bulan pertama) | RM 150 | |
Kawalan Serangga Perosak | RM 100 | |
Membaja/Kos racun (2 pusingan baja urea dan 1 pusingan baja batang) | RM 1600 | |
Benih | RM 1,700/ekar (6 batang x 3,600 perdu) | Moja Ventures Sdn Bhd |
Jumlah Keseluruhan | RM 4,210 | |
Anggaran Tuaian Purata 20 tan/ekar x RM 700 | RM 14,000 | |
Memotong dan memproses RM 100 x 20 tan | RM 2,000 | |
Jualan Bersih RM 14,000 – RM 2,000 | RM 12,000 | |
Untung Bersih RM 12,000 – RM 4,210 | RM 7,790 | |
PENERANGAN DARI PENGARAH PROJEK TANAMAN SERAI
http://www.youtube.com/watch?v=-bTJFbRmhzM
SERAI DI TV3
http://www.youtube.com/watch?v=WxMme8gMKDU
PROSEDUR PENYEDIAAN TANAH DAN PENANAMAN BAGI MENDAPATKAN PULANGAN HASIL YANG LUMAYAN
Ø Jika tanah sedia ada ditanam dengan tanaman lain yang menggunakan baja tahi ayam atau tahi lembu, maka untuk menanam serai peserta perlu membaikpulih semula tanah dengan menggunakan baja jenis Super Turbo bagi mengekalkan pH tanah. Serai boleh ditanam selepas seminggu. Tanah yang masin amat sesuai untuk serai membiak dan membesar dengan subur.
Ø Memastikan terlebih dahulu laluan angin (matahari naik dan terbenam).
Ø Pastikan tanah tidak berair walaupun digali sedalam 1 kaki. Jika terdapat air, sistem perparitan perlu dilakukan.
Ø Tanah hendaklah digemburkan dengan membajak rotor dan piring.
Ø Membuat lining dengan menggunakan tali plastik dalam jarak 4’ x 3’. Jarak ini amat penting untuk memastikan tumbesaran benih dan juga laluan angin bagi mengeringkan air lebihan yang terdapat pada daun.
Ø Sistem penugalan tidak melebihi 2 1/5 inci. Penyiraman air melalui batang tugal sekurang-kurang segelas air bagi melembapkan struktur tanah.
Ø Masukkan benih dalam kedudukan tegak adalah cara yang terbaik. Ini supaya embun yang terlekat pada daun serai dapat turun ke batang apabila ditiup angin pada waktu pagi. Ini juga boleh mengelakkan daripada membuat siraman pada waktu pagi.
Ø Pastikan selepas menugal, tanah hendaklah dipijak padat dan rapat pada anak benih supaya tidak dapat ditembusi cahaya matahari, angin dan juga air berlebihan.
Ø Siraman sama sekali tidak boleh dilakukan pada waktu tengahari dan disyorkan waktu pagi 7.00 hingga 9.00 dan petang pada pukul 5.30 hingga 7.30.
Ø Dilarang menggunakan baja organik seperti tahi ayam atau lembu kerana akan menggalakkan perbiakan serangga seperti ulat batang yang akan merosakkan kualiti serai.
Ø Serai hendaklah dibiarkan paling kurang 3 bulan selepas pembajaan urea terakhir (waktu menunggu penuaian) untuk memastikan batang serai tidak lembut selepas tuai.
Peserta projek ini hendaklah mengikut langkah-langkah dan spesifikasi tanaman yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat untuk menjamin kualiti hasil serai yang akan dituai.
1. KAWASAN TANAMAN
Serai boleh ditanam di mana-mana kawasan contohnya di rezab jalan, di kawasan ladang, di kawasan bukit,
Kawasan tanaman hendaklah kawasan yang tidak digenangi air melebihi selama tiga hari.
Kawasan Tanaman di Kuala Selangor.
Kawasan Tanaman di Kuala Selangor.
Kawasan Tanaman di Lembah Binjai Patah, Marang.
2.PENYEDIAAN TANAH.
(Sila rujukPROSEDUR PENYEDIAAN TANAH DAN PENANAMAN BAGI MENDAPATKAN PULANGAN HASIL YANG LUMAYAN
Tanah kosong untuk tanaman serai.
Sistem perparitan.
TALI UNTUK MEMBARIS (LINING).
Lining perlu dibuat dengan jarak 4'x3' yang bertujuan untuk penyusanan tanaman.
KERJA MENUGAL BENIH SERAI
SELEPAS DITUGAL.SIRAMAN PERLU DILAKUKAN SETIAP HARI SELAMA SEMINGGU JIKA TIDAK HUJAN.DISYORKAN WAKTU PAGI 7.00-9.00 WAKTU PETANG PADA 5.30-7.30 JIKA HUJAN TIDAK PERLU DISIRAM.
4.PEMBAJAAN SERAI
SELEPAS MENUGAL
Siraman hendaklah dilakukan setiap hariselama 7 hari berturut-turut selepas penanaman. Disyorkan waktu pagi 7.00-9.00, waktu petang pada 5.30-7.30.Jika hujan tidak perlu disiram.
25 HARI – 30 HARI
Membaja jenis Baja Urea (N46) dan Baja Super Turbo. Jarak pembajaan 5 inci dari pangkal pokok. Campurkan kedua-dua baja tersebut.1 sudu teh (spot). Dibaja secara spot
1 BEG BAJA UREA (50 kg) + 1 BEG BAJA SUPER TURBO (25 KG) / EKAR
RM 105.00
55 HARI – 60 HARI
Membaja jenis Baja Urea (N46) dan Baja Super Turbo. Jarak pembajaan 5 inci dari pangkal pokok. Campurkan kedua-dua baja tersebut.3 sudu besar (keliling pokok)
4 BEG BAJA UREA (50 kg) + 2 BEG BAJA SUPER TURBO (25 KG) / EKAR
RM 430.00
Meracun rumpai apabila perlu.
Menggunakan racun jenis Basta.
Jika terdapat anai-anai sila campurkan racun anai-anai bersama semasa meracun rumpai.
80 HARI – 90 HARI
Membuat pembajaan bagi megukuhkan batang.Baja Jenis NPK 15:15:15 dan Baja Super Turbo. Jarak pembajaan 5 inci dari pangkal pokok. 3 sudu besar (keliling pokok)
4 BEG BAJA NPK 15:15:15 (50 kg) + 2 BEG BAJA SUPER TURBO (25 KG)
RM 570.00
Untuk perhatian :
Harga Baja Semasa
Baja Urea (N46) 1 beg / 50kg = RM80
Baja NPK 15:15:15 1 beg / 50kg = RM115
Baja Super Turbo 1 beg / 25kg = RM 55
RM 1,105.00
PERKEMBANGAN TUMBESARAN SERAI.
SERAI BERUSIA DUA BULAN.
SERAI BERUSIA EMPAT BULAN.
5.PENUAIAN SERAI
PERALATAN UNTUK MENUAI SERAI.
PAHAT TUAIAN MERUPAKAN PAHAT BUAH KELAPA SAWIT.
CARA-CARA MENUAI SERAI.
6.PEMPROSESAN SERAI
Serai yang telah dituai akan dibersihkan dan diproses untuk menentukan gred dan spesifikasi mengikut kehendak pasaran. Kos penuaian dan pemprosesan serai adalah di bawah tanggungan peserta.
SERAI SIAP DIPROSES (SERAI YANG TELAH MATANG)
KAWASAN TANAMAN SERAI MOJA VENTURES
1. LEMBAH BINJAI PATAH DI DAERAH MARANG
2. BESUT
BORANG PENDAFTARAN BOLEH DIDAPATI DI PEJABAT MOJA VENTURES SDN. BHD. PERMOHONAN POS DITERIMA.
UNTUK KETERANGAN LANJUT, SILA HUBUNGI PIHAK SYARIKAT DI ALAMAT:
MOJA VENTURES SDN. BHD.
NO.2233 TAMAN KASTAM GELIGA,
GELIGA BESAR,
24000 KEMAMAN,
TERENGGANU.
NO.TEL:09-868 1650
FAX: 09-868 1651
Emel:mojaventures@gmail.com
ATAU HUBUNGI EN. ABD.RAHMAN IBRAHIM SELAKU PENGARAH PROJEK
DI TALIAN: 019-660 4365
ATAU UNTK PASARAN PANTAI BARAT DAN UTARA SILA HUBUNGI:
RUMPUN BIOTEK SDN. BHD.
(syarikat sekutu Moja Ventures Sdn. Bhd.)
NO.5 JLN PJU 10/6, DESA RIANG,
DAMANSARA DAMAI,
47830 PETALING JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN.
TEL:+603 6140 6557
FAX:+603 6140 8557
www.rumpunbiotek.com.my
No comments:
Post a Comment